Cara Merawat Resdung Dengan Cepat Dan Berkesan

Cara Merawat Resdung Dan Jerawat Batu Dengan Cepat Dan Berkesan

RESDUNG…merimaskan kita betol tak??.. kalo kita dah ada resdung ni tak boleh makan seafood, tak boleh sejuk-sejuk, tak boleh tempat berhabuk sikit dan tak boleh macam-macam la kan.. salah sikit je, terbersin tak berhenti kan..mula la hidung merah merah dan gatal.

Senang dan mudah sebenarnya untuk mengatasi masalah resdung ini.Salah satu cara nak mengatasi resdung dengan cara yang mudah ialah dengan pengambilan suplemen.jom baca artikel serba sedikit tentang resdung nie yang jahat u ols jika kita tidak bendung dari awal.

Cara Merawat Resdung Dan Jerawat Batu Dengan   Alfalfa, Vit C & B Complex

Resdung adalah salah satu  penyakit yang berterusan dan bepanjangan jika tidak di rawat. Ia juga akan menyebabkan jerawat batu yang bernanah tumbuh dimuka dan belakang badan. Jika tidak dirawat dengan cepat, ia akan menyebabkan kerosakan yang teruk pada bahagian dalam dan luar muka. Oleh itu, salah satu cara untuk merawat resdung adalah dengan Shaklee. Supplement atau vitamin Shaklee yang dapat merawat masalah resdung adalah terdiri daripada beberapa jenis iaitu  Alfalfa, Vitamin C, dan B Complex.

Apa Itu Resdung

RESDUNG merupakan sejenis penyakit hidung yang terjadi akibat radang pada membran sinus. Sinus ialah rongga dalam tulang muka yang mengandungi idara dan permukaannya diselaputi mukosa (kulit yang mengeluarkan mukus atau hingus). Mukosa mengeluarkan hingus dalam dalam keadaan biasa (fisiologikal) dan hingus ini mengalir keluar dari sinus melalui lubang kecil dinamakan “ostium” ke dalam rongga hidung. Apabila “ostium” tersumbat, hingus terkumpul dalam sinus dan keadaan ini mengundang kehadiran kuman yang akhirnya boleh membanwa lepada terjadinya resdung. Apabila kita resdung akan datang masalah jerwat sekali.


Punca Resdung

Ada beberapa punca resdung , ada yang alahan kepada jenis makanan tertentu, habuk parasit (demodex) dan kutu. Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tidak dapat dikeluarkan. Jika udara itu tidak dapat keluar, ia tentu terkumpul di dalam itu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak.

Selain itu juga punca resdung yang tidak ramai orang sedar dan tahu adalah kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. ianya terjadi kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.

Tanda-Tanda Resdung

Tanda-tanda resdung selalunya adalah berbeza diantara individu dan individu yang lain. Tetapi ada beberapa tanda-tanda spesifik yang sering muncul pada pesakit resdung:

Gatal-gatal di kawasan muka —hidung, kawasan di sekitar hidung, dahi, mata, telinga, lelangit dan tekak— yang teruk.

Hidung kerap berair walaupun tidak selsema.

Kerengsaan hidung, dalam tekak dan telinga.

Pening kepala.

Hidung tersumbat dan berbau busuk

Kerap bersin terutamanya diwaktu pagi

Rasa berat muka atau sakit terutamam di kawasan antara mata.

Kebiasaanya tanda- tanda resdung akan muncul selepas kita mengambil makanan laut, makanan yang diperam(belacan, cencalok dsb) atau berMSG (ajinomoto). Terdapat juga bahan kimia pengawet yang boleh merangsang resdung. Pada waktu pagi, pada cuaca terlalu sejuk (atau keadaan berhawa dingin) dan di tempat-tempat berhabuk.


Petua Mengurangkan Masalah Resdung

* Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disyorkan agar tidak menggunakan penyapu untuk membersihkan rumah, tetapi gunakan vakum atau mop

* Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan kepada masalah resdung

* Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan

* Banyakkan berehat. Berbaringlah mengikut keselesaan anda dan membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung

* Hirup sup atau cecair yang panas dan banyakkan minum  air kosong.

* Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap

* Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya.

* Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi

* Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah.


Antara Vitamin yang dicadangkan untuk menggantikan rawatan resdung dari Shaklee ialah :





1) Vitamin C 

– Berfungsi sebagai agen meningkatkan sistem imunisasi badan dan juga sebagai anti-oksidan.

– Ia bertindak sebagai antihistamin juga menstabilkan pengeluaran histamin dari tubuh. Malah ia mampu Meningkatkan fungsi T-cell dan Macrophage (fungsi sitem pertahanan badan, sel darah putih)

2) B complex 

– Berfungsi membantu dalam sistem pertahanan tubuh dan saraf serta vitamin anti stress dan menstabilkan hormon.

– Mengandungi sumber B yang lengkap termasuk B6 yang penting dalam pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan menguatkan antibodi badan. Juga membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati.

3) Alfalfa

-Dapat membantu mengurangkan keradangan dan gatal-gatal kan TETAPI  (alfalfa tidak boleh diambil oleh mereka yang menghidap SLE iaitu penyakit antibodi berlebihan dalam badan)

– Mampu mengatasi keradangan atau sakit yang disebabkan keradangan tersebut. ia juga kaya dengan sumber klorofil yang juga membantu dalam mengurangkan keradangan akibat dari eczema, resdung, gegata dan allegik.

Lenda

Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1280945

SMS/Whatsapp/call | 019 752 7524

FB : Ummie Qisya Ziyad

COD | Bandar pontian, Gelang Patah, Skudai, Nusajaya, Iskandar Puteri sehingga ke Johor Bahru & Singapore

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge