Cara Menurunkan Paras Gula Dalam Darah Dengan Mudah Dan Berkesan
Kencing manis @ Diabetes adalah merupakan penyakit kronik yang melanda di seluruh dunia.. Dalam statistik pada tahun 2015 raykat Malaysia di anggarkan lebih kurang 5 juta penduduk menghidap penyakit kencing manis @ Diabetes.
Kencing Manis @ Diabetes merupakan kandungan darah dalam gula yang tinggi dari paras normal dan boleh menyumbang kepada Sakit Jantung dah Angin Ahmar
Kencing Manis @ Diabetes berlaku akibat daripada badan kita tidak boleh menggunakan insulin dengan sendirinya @ ada organ kita yang tidak berfungsi dengan baik iaitu penkreas tidak dapat menghasilkan insulin.fungsi insulin adalah membawa gula dalam darah ke seluruh sel dan tisu. Kerana makan yang kita makan akan bertuka menjadi gula dalam badan kite dan membekalkan tenaga.
Apabila berlakunya kekurangan insulin , paras gula dalam badan akan meningkat.Ini adalah kerana gula tidak dapat di salurkan seluruh sel dan tisu.
Apabila glukosa menjadi lebih tinggi ,organ dalam badan kita dan tisu akan rosak dan sel yang memerlukan glukosa juga turut rosak.
Terdapat beberapa jenis Kencing Manis @ Diabetes:-
Jenis 1 – “Kencing Manis @ Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus” (bergantung pada Insulin)
Kebiasaanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja, kerana Pankreas tidak dapat berfungsi dengan baik.
Jenis 2 – “Kencing Manis @ Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus” (tidak bergantung pada insulin)
Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
Insulin tidak mencukupi @ sel tidak bertindak balas untuk insulin dengan baik. Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.
Jenis 3 – “Kencing Manis @ Diabetes Gestasi ( semasa hamil)
Apakah tanda-tanda Kencing Manis @ Diabetes?
*Haus/dahaga (haus yang berlebihan)
*Letih
*Berat badan menurun
*Penglihatan kabur
*Otot lemah
*Gatal
*Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan
*Kencing yang kerap
*Gatal pada bahagian kemaluan
*Rasa kebas
Kompilasi Kencing Manis @ Diabetes?
* Buta – Katarak, pendarahan dalam mata dan menyebabkan buta
* Serangan Strok
* Buah Pinggang Gagal Berfungsi
* Luka lambat Sembuh
* Saraf Dan Salur Darah Rosak – Kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki dimana pesakit boleh mendapat kecederaan tanpa disedari. Ini boleh menyebabkan luka pada kaki dan gangrene. Sekiranya melarat, mungkin perlu menjalankan pembedahan amputasi untuk mengelakkan jangkitan daripada merebak ke seluruh badan.
* Mati Pucuk
* Kaki Kena Potong
* Otak – Angin ahmar
Siapakah yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat Kencing Manis @ Diabetes?