Cara Merawat Resdung Dengan Cepat Dan Berkesan

Cara Merawat Resdung Dan Jerawat Batu Dengan Cepat Dan Berkesan

RESDUNG…merimaskan kita betol tak??.. kalo kita dah ada resdung ni tak boleh makan seafood, tak boleh sejuk-sejuk, tak boleh tempat berhabuk sikit dan tak boleh macam-macam la kan.. salah sikit je, terbersin tak berhenti kan..mula la hidung merah merah dan gatal.

Senang dan mudah sebenarnya untuk mengatasi masalah resdung ini.Salah satu cara nak mengatasi resdung dengan cara yang mudah ialah dengan pengambilan suplemen.jom baca artikel serba sedikit tentang resdung nie yang jahat u ols jika kita tidak bendung dari awal.

Cara Merawat Resdung Dan Jerawat Batu Dengan   Alfalfa, Vit C & B Complex

Resdung adalah salah satu  penyakit yang berterusan dan bepanjangan jika tidak di rawat. Ia juga akan menyebabkan jerawat batu yang bernanah tumbuh dimuka dan belakang badan. Jika tidak dirawat dengan cepat, ia akan menyebabkan kerosakan yang teruk pada bahagian dalam dan luar muka. Oleh itu, salah satu cara untuk merawat resdung adalah dengan Shaklee. Supplement atau vitamin Shaklee yang dapat merawat masalah resdung adalah terdiri daripada beberapa jenis iaitu  Alfalfa, Vitamin C, dan B Complex.

Apa Itu Resdung

RESDUNG merupakan sejenis penyakit hidung yang terjadi akibat radang pada membran sinus. Sinus ialah rongga dalam tulang muka yang mengandungi idara dan permukaannya diselaputi mukosa (kulit yang mengeluarkan mukus atau hingus). Mukosa mengeluarkan hingus dalam dalam keadaan biasa (fisiologikal) dan hingus ini mengalir keluar dari sinus melalui lubang kecil dinamakan “ostium” ke dalam rongga hidung. Apabila “ostium” tersumbat, hingus terkumpul dalam sinus dan keadaan ini mengundang kehadiran kuman yang akhirnya boleh membanwa lepada terjadinya resdung. Apabila kita resdung akan datang masalah jerwat sekali.


Punca Resdung

Ada beberapa punca resdung , ada yang alahan kepada jenis makanan tertentu, habuk parasit (demodex) dan kutu. Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tidak dapat dikeluarkan. Jika udara itu tidak dapat keluar, ia tentu terkumpul di dalam itu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak.

Selain itu juga punca resdung yang tidak ramai orang sedar dan tahu adalah kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. ianya terjadi kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.

Tanda-Tanda Resdung

Tanda-tanda resdung selalunya adalah berbeza diantara individu dan individu yang lain. Tetapi ada beberapa tanda-tanda spesifik yang sering muncul pada pesakit resdung:

Gatal-gatal di kawasan muka —hidung, kawasan di sekitar hidung, dahi, mata, telinga, lelangit dan tekak— yang teruk.

Hidung kerap berair walaupun tidak selsema.

Kerengsaan hidung, dalam tekak dan telinga.

Pening kepala.

Hidung tersumbat dan berbau busuk

Kerap bersin terutamanya diwaktu pagi

Rasa berat muka atau sakit terutamam di kawasan antara mata.

Kebiasaanya tanda- tanda resdung akan muncul selepas kita mengambil makanan laut, makanan yang diperam(belacan, cencalok dsb) atau berMSG (ajinomoto). Terdapat juga bahan kimia pengawet yang boleh merangsang resdung. Pada waktu pagi, pada cuaca terlalu sejuk (atau keadaan berhawa dingin) dan di tempat-tempat berhabuk.


Petua Mengurangkan Masalah Resdung

* Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disyorkan agar tidak menggunakan penyapu untuk membersihkan rumah, tetapi gunakan vakum atau mop

* Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan kepada masalah resdung

* Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan

* Banyakkan berehat. Berbaringlah mengikut keselesaan anda dan membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung

* Hirup sup atau cecair yang panas dan banyakkan minum  air kosong.

* Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap

* Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya.

* Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi

* Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah.


Antara Vitamin yang dicadangkan untuk menggantikan rawatan resdung dari Shaklee ialah :





1) Vitamin C 

– Berfungsi sebagai agen meningkatkan sistem imunisasi badan dan juga sebagai anti-oksidan.

– Ia bertindak sebagai antihistamin juga menstabilkan pengeluaran histamin dari tubuh. Malah ia mampu Meningkatkan fungsi T-cell dan Macrophage (fungsi sitem pertahanan badan, sel darah putih)

2) B complex 

– Berfungsi membantu dalam sistem pertahanan tubuh dan saraf serta vitamin anti stress dan menstabilkan hormon.

– Mengandungi sumber B yang lengkap termasuk B6 yang penting dalam pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan menguatkan antibodi badan. Juga membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati.

3) Alfalfa

-Dapat membantu mengurangkan keradangan dan gatal-gatal kan TETAPI  (alfalfa tidak boleh diambil oleh mereka yang menghidap SLE iaitu penyakit antibodi berlebihan dalam badan)

– Mampu mengatasi keradangan atau sakit yang disebabkan keradangan tersebut. ia juga kaya dengan sumber klorofil yang juga membantu dalam mengurangkan keradangan akibat dari eczema, resdung, gegata dan allegik.

Lenda

Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1280945

SMS/Whatsapp/call | 019 752 7524

FB : Ummie Qisya Ziyad

COD | Bandar pontian, Gelang Patah, Skudai, Nusajaya, Iskandar Puteri sehingga ke Johor Bahru & Singapore

Continue Reading

CARA HILANGKAN PARUT JERAWAT DEGIL DENGAN CEPAT DAN BERKESAN

CARA MENGHILANGKAN JERAWAT DAN PARUT JERAWAT


Jerawat merupakan salah satu masalah kulit yang tidak asik lagi bagi semua golongan masyarakat, tak kiralah samada lelaki, mahupun perempuan atau yang muda mahupun tua. Bila muka  ditumbuhi jerawat, mula lah tangan tu gatal nak kutil-kutil jerawat tu kan. Kalau kita picit jerawat tu, tidak akan membantu pun jerawat tu hilang, malah akan bertambah teruk jerawatnya kerana jerawat yang luka tersebut lebih mudah untuk terkena jangkitan dan jerawatnya akan lagi mudah merebak ke tempat lain.Jadi bila anda mempunyai jerawat, biarkan sahaja sehingga ia masak dan pecah sendri..

Dan hari ini Lenda nak kongsikan cara yang mudah dan berkesan untuk menghilangkan jerawat sehinggakan masalah jerawat itu tidak berulang kembali.

Terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan kulit muka kita berjerawat. Sebab tu kalau ada prospek yang mencari suplemen untuk mengatasi masalah jerawatnya, Lenda akan tanya banyak perkara untuk mengenalpasti punca jerawat tersebut. Dan setiap orang mempunyai punca yang berbeza mengikut cara hidup masing-masing. Daripada punca itulah Lenda akan cadangkan suplemen yang sesuai dengan mereka.

Antara punca utama penyebab berlakunya masalah jerawat ini adalah perubahan hormon. Kebiasaannya kaum wanita akan mengalami perubahan hormon ketika datang bulan, ketika hamil, selepas hamil, sewaktu menopause dan sebagainya. Perubahan hormon ini akan memberi kesan kepada kilang minyak dibahagian kulit muka dan menyebabkan pertumbuhan jerawat. Antara punca lain termasuklah dari segi pemakanan, tekanan, penggunaan pencuci muka dan alat solek yang tidak sesuai, kulit sensitif dan sebagainya.

Sebelum tu Lenda nak kongsikan dulu kisah Lenda sendri yang bertahun-tahun mempunyai masalah jerawat yang teruk sehinggakan rase tiada keyakinan diri untuk bertemu dengan kawan-kawan.

Bagaimana cara untuk menghilangkan jerawat dengan mudah dan berkesan?


Cara yang lenda nak kongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman Lenda sendiri. Dulu muka Lenda memang setiap masa akan tumbuh jerawat. Belum lagi jerawat didagu tu kecut, dah keluar jerawat yang baru. Jenis Lenda ni suka sangat picit jerawat tu dengan tangan. Jadi, muka akan jadi lebih teruk bila kawasan jerawat yang dipicit tu dah terkena jangkitan. Makin besar kawasan lukanya dan makin lambat untuk pulih.

Tetapi setelah mengambil ESP dan Vitamin C, jerawat cepat je kecut. Dan memang jerawat dah jarang sangat keluar. Kalau keluar pun, jerawat tu cepat je kecut. Sekarang ni Lenda  tambah pula dengan Alfalfa dan Garlic complex. Semakin jarang jerawat tu nak tumbuh. Kalau dulu setiap minggu akan tumbuh jerawat baru, tetapi sekarang dalam 2-3 bulan sekali baru jerawat tu tumbuh. Lenda sangat suka dengan perubahan muka sekarang. Walaupun masih kesan Jerawat ( kesan jerawat mengambil masa untuk hilang), tetapi kulit muka bertambah cerah dan lembap.

Terdapat banyak suplemen yang bagus untuk menghilangkan jerawat ni. Antaranya adalah ESP, Vitamin C, GLA-complex,  dan collegen. Banyak kan, akan tetapi, macam yang Lenda dah terangkan di atas, jerawat ni berlaku disebabkan oleh banyak punca. Jadi, bila kita tahu punca jerawat tersebut, Lenda akan cadangkan suplemen yang sesuai dengan punca jerawat tersebut. Ini kerana setiap satu suplemen tersebut mempunyai fungsi yang berbeza.

Sebab itu pentingnya korang membeli suplemen dengan pengedar yang bertauliah dan berilmu. Tugas Lenda bukan hanya menjual, tetapi Lenda akan cadangkan suplemen yang bersesuaian dan akan terangkan cara pengambilan bersama tips-tips yang berkesan. Jom kita lihat apa fungsi setiap satu suplemen yang Lenda cadangkan tu.

 

ESP (Energizing Soy Protein)

Mengawal pertumbuhan jerawat

Memperbaharui sel kulit yang telah mati

Memudarkan parut jerawat & jeragat

Menghilangkan garis penuaan & kedutan

Mengawal pengeluaran minyak di muka

Kulit lebih lembap, tegang dan sihat

Vitamin C

Merangsang pembentukan kolagen swmulajadi kulit

Mencerahkan kulit muka

Mengecutkan jerawat

Melindungi daripada sinar uv matahari

Tona kulit menjadi lebih sekata

Membantu masalah kulit sensitif seperti masalah sensitif & eczema


GLA complex

Mengatasi masalah senggugut

Melegakan sindrom PMS

Menstabilkan kitaran haid & hormon

Mengandungi campuran Vitamin E yang membantu untuk menghilangkan parut jerawat dan jeragat, serta menjadikan kulit lebih glowing secara semulajadi

Memperbaiki inflamasi pada kulit

Collagen

Anti penuaan membantu menghilangkan kedutan dan garis halus

Melembabkan Kulit dan mengurangkan kekeringan kulit dan elastisiti

Menyuburkan rambut dan mengatasi msalah rambut gugur..serta lebat dan bersinar

Mencerahkan kulit..menghilangkan pigmentasi dan mengurangkan tona kulit tak sekata

Mengembalikan keanjalan kulit


Ini adalah antara testimoni mereka yang telah berjaya pulih dengan bantuan suplemen Shaklee . 



                                                                       Testimoni #1:

Testimoni #2:

Testimoni #3

Testimoni #4:

Testimoni #5

Testimoni #6:

Testimoni #7:

Testimoni #8:

Sekiranya anda tidak pasti untuk memilih yang mana satu sesuai dengan anda, boleh hubungi Lenda untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai masalah jerawat ini. Konsultansi adalah percuma. Dan selepas pembelian anda layak untuk mendapat konsultansi secara esklusif dan tips yang berguna daripada Lenda.

Lenda

Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1280945

SMS/Whatsapp/call | 019 752 7524

FB : Ummie Qisya Ziyad

COD | Bandar pontian, Gelang Patah, Skudai, Nusajaya, Iskandar Puteri sehingga ke Johor Bahru & Singapore

Continue Reading